Wednesday

Hantaran Kahwin

Assalamualaikum teman..

hari ni hari Selasa, mesti semua excited sebab esok dah Rabu..then Khamis cuti.. mesti ramai dah apply leave untuk hari Jumaat sekali..same goes to me..excited nak balik Kuantan..

hmm.. last entry Syahida ada cakap nak story pasal hantaran..
hantaran kahwin Syahida, 70% Syahida buat sendiri..hehe.. 10% lagi untuk mama dengan makngah yang tolong susunkan buah dalam bakul hiaskan sekali dan lagi 10% untuk amoi yang buat Sirih junjung, Mama tempah dekat amoi Selayang baru..lagi 10% untuk Kak Effa yang buatkan kek untuk hantaran Syahida..  lagi 10 dulang Syahida hias sendiri.. Idea hantaran adalah gabungan idea Syahida dan mama.. Seronok buat hantaran sendiri ni.. rasa puas sangat even tak cantik mana pun..hehe..

Syahida buat hantaran ni 2 hari sebelum nikah dan hantaran completely siap pkul 7 pagi hari pernikahan. Bukan lama sebab apa, tapi smbil buat hantaran Syahida tolong mama hias bilik tidur.. lepas tu Syahida kena curi masa pergi Shah Alam ambil persalian untuk majlis kahwin nanti. So, last-last lambatlah hantaran Syahida siap..

Bekas kayu tu Syahida beli dekat Nilai.. agak mahal tapi sebab Syahida fikir boleh recycle untuk adik beradik lain lepas ni, Syahida beli jer.. Dalam RM30 satu tapi dapat discount 20% tak silap.. Bunga-bunga dan riben tu pula Syahida beli dekat Nilai dan Semua House.. masa Syahida beli tu ada kawan yang complaint kata nape beli bunga tu, nape tak beli bunga yang macam ni..yang macam mana Syahida pun tak tahu.. Masa dengar tu sedih je.. Dorang kata sebab Syahida 1st kahwin dalam family, tu la tak reti beli bunga.. Boleh pulak dorang cakap cmtu kan.. dah Syahida berkenan kt bunga-bunga tu, Syahida beli la.. :(

Lastly alas dulang tu custommade taw.. Mama beli kain satin yang dah siap potong bulat-bulat dekat kedai barang kahwin dengan renda.. Syahida just tolong jahitkan je.. reason buat alas dulang tu sebab mama dengan Syahida suka alas dulang yang style orang dulu-dulu.. yang style transparent tu mama tak berkenan sangat.. hehe.. tapi mak saudara semua kata alas tu macam alas dulang masa dorang kahwin dulu-dulu.. mereka sukakan nya.. korang suka x?

Walau bagaimanapun, hantaran Syahida still menjadi kan.. Alhamdulillah Family dan sanak saudara puji lawa.. kawan Syahida pun ada yang puji, siap tanya lg tempah ke.. Alhamdulillah hantaran siap.. rasa bersyukur dan puas hati sgt.

Susah kahwin ni sebenarnya, semua orang akan komen apa yang kita buat, orang akan pertikai kenapa tak buat macam ni, kenapa buat macam tu.. susah nak puaskan hati semua orang.. tapi biasa lah kan.. semua orang akan experience benda yang sama.. Mama & abah punya pendekatan mama abah dengar je semua pendapat.. then balik rumah kitaorang bincang sama-sama, yang elok kitaorang terima, yang kitarang rasa tak sesuai, kitaorang abaikan je..hehe..

Best buat preparation kahwin.. sekarang tengok orang buat prepaation kahwin Syahida rasa Syahida cam nak kahwin lagi sekali jer..ahahahaha..

*nota hati : kalau Syahida nak sewakan alas dulang dengan bekas kayu tu agak-agak ada orang nak sewa x?



No comments:

Daisypath Anniversary tickers