Wednesday

My Mr. Chelsea

assalamualaikum..

hari ni Syahida takde story sangat yang Syahida nak share..
just Syahida agak risau dengan Mr. Chelsea Syahida..

hari Isnin hari tu dia sakit perut.. Syahida and family assume dia food poisoning even dia makan sama macam apa yang kami makan.. tapi mak mertua Syahida cakap, perut Mr. Chelsea memang sensitif sikit.. 

Jadi, hari Selasa Mr. Chelsea dapat cuti sakit.. tapi malam semalam dia demam pulak.. Panas badan dia..
Syahida suruh makan panadol dia taknak..dia kata panadol tak elok la apa la.. so, pilihan terakhir yang Syahida boleh buat nak kurangkan panas dia, Syahida letak tuala basah dekat dahi dia..

Alhamdulillah pagi tadi demam dia dah kurang tapi pagi tadi dia mengadu rasa nak muntah.. maybe panas dalam badan ada lagi agaknya.. tapi dia tetap bersiap pergi kerja..  banyak kerja katanya..

hopefully Mr. Chelsea dah okey.. so far dia just mengadu lapar.. Syahida suruh makan dia kata takut nak makan.. takut muntah.. malam ni Syahida try masak bubur untuk dia..

#nota hati : reti ke Syahida masak bubur..uhuk~uhuk..

No comments:

Daisypath Anniversary tickers