Thursday

7 months.......

Holla!! Assalamualaikum..

Almost 6 months Syahida tak jenguk blog.. hari ni tiba-tiba terpanggil nak bukak blog. Syahida ingat Blogger dah block Syahida since Syahida bukan Blogger Tegar.. tapi Alhamdulillah.. everything was fine..

15 Julai hari tu genap 7 bulan Syahida bergelar seorang isteri. Dalam 7 bulan ni macam-macam perkara dah berlaku.

Salah satunya ialah Syahida pregnant dan Syahida dah miscarriage pun.  Syahida disahkan pregnant masa bulan April dan gugur bulan Jun. On the 12th week of pregnancy, I'm lost the baby.. its hurt.. Really hurt.. kalau Syahida dapat ungkapkan perasaan tu, rasanya sakit sangat. betul-betul mengganggu emosi.

mengenang semula masa mula-mula doktor sah Syahida pregnant, rasa macam tak percaya je.. Sebab tak sangka pregnant. Actually jumpa doktor pun sebab nak mintak mc sebab rasa letih tapi doctor yang excited suruh buat pregnancy test. Alhamdullilah positive.

Selama kandungan Syahida 12minggu, Syahida xde morning sickness.. just selalu letih dan muntah sikit-sikit. Everything was fine. Syahida boleh pergi outstation dekat Perak 2 minggu masa, Syahida pergi holiday dengan hubby and jalan-jalan macam biasa..

dalam tempoh tu, Syahida takde beeding, xde terjatuh tapi ade la tergelincir sikit-sikit.. tapi tak sangka bila Syahida bleeding masa 31 May, kandungan dah tak dapat diselamatkan. Doc scan perut, baby still ada tapi heartbeat baby dah takde. 2 Jun Syahida gugur betul-betul.. :(

Sedih sangat. Syahida sedih tapi Syahida tak dapat nk express perasaan Syahida. Bila dengar or tengok orang lain pregnant, perasaan jeles, sedih bercampur baur. Tengok officemate pregnant, tengok dia pegang perut dia, tengok dia bercakap pasal baby dia.. semua mengusik emosi. sampai Syahida menangis bila teringatkan kandungan Syahida.

Lepas sebulan baru emosi Syahida okey. tapi kadang-kadang tersasar jugak. tapi Syahida percaya, I'm the chosen one untuk merasai pengalaman ni. Baru faham perasaan orang gugur, before ni selalu ingat gugur tu macam takde pape..tapi hakikatnya mereka je yang tahu. In fact, ni dugaan kecil nak dibandingkan dengan orang lain yang kehilangan anak. Semoga rezeki Allah sentiasa melimpah ruah untuk kita semua.. Amin~~


1 comment:

Fazleyatul Aini said...

takpe rezeki tu Allah dah tentukan untuk setiap hambanya. banyakkan berdoa dik

Daisypath Anniversary tickers