Saturday

Best ke datang Kg Dorani Sungai Besar?

Double E & Kampung Dorani.


.
Siapa yang teringin nak merasa suasana kampung, nak buat aktiviti yang lain dari lain, recommended sangat datang Kg Haji Dorani.
.
Macam-macam DoubleE belajar hari ni. Bukan anak-anak je belajar, mak bapak pun belajar sekali. Tengok proses Nata de Coco di buat, tengok minyak kelapa dara di extract. Pakej dapat makan & beli sekali 😄.
.
Petangnya, mewarna batik. Seronok la DoubleE1 dengan DoubleE2 kan..  Masing-masing nak tunjuk skill masing-masing. .
Lepas tu, tumbuk + tampi padi. Tampi menampi dua-dua dah tak heran bila nampak layang-layang. .
Main layang-layang kejap lepas tu DoubleE1 moody layang-layang naik on off. angin takde nak, acaner nak buat🤣 . Bila menggagau ikan, dua-dua drama. Nak cari ikan tapi tak nak kena selut, how that possible? Jumpa ‘swimming pool’ aka palong, lupa diri masing-masing. Tak nak naik darat terus 🤦🏼‍♀️
.
The best part dalam lawatan ni, pembelajaran sepanjang lawatan. Lalang dorang  ingat padi 😅 Semua burung dekat sawah, dia kata helang. 🤣 mencabar mak nak explain. Jumpa siput babi, bertubi soalan-soalan kenapa kepala siput hilang? Kenapa masuk dalam cengkerang? Gelak, excited, Merajuk, menangis, jangan cakap la. Great experience for all of us. .
.
EO pilihan hari ni valor. Nak chill kan anak serta mama juga. Habis program, tipu kalau cakap takde drama letih, sakit kaki ect. Mama dah sapu stress away siap-siap. Now dah dekat rumah, semua dah tidur kepuasan. Alhamdulillah for a great day. .
.
Package 1 hari ni RM50 (aktiviti + makan minum). Untuk makan minum without activity kit RM20. Thank you Cik Etop Fazilah & Madame Telang @akyfkhairil for organising Kampung Tour. Kalau harap diri sendiri, belum tentu sampai 🤣. Ada rezeki next time boleh join lagi. 
.
#doubleediary 

#DoubleEmasukkampung

No comments:

Daisypath Anniversary tickers